Categories: Berita

HAWANA 2022, PM Malaysia Sambut Positif Deklarasi Melaka

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menghadiri peringatan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka, Malaysia. Ismail Sabri menyambut positif adanya Deklarasi Melaka HAWANA 2022.

Dalam sambutannya, Ismail Sabri mengaku senang bisa berkumpul dengan sejumlah jurnalis dari dalam dan luar negeri dalam peringatan HAWANA 2022. Ismail Sabri juga menyampaikan ucapan selamat datang kepada para pemimpin redaksi media di Indonesia dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia.

“Kehadiran begitu ramai rakan media dari Indonesia membuktikan keakraban hubungan kedua-dua buah negara yang berperanan dalam mengharmonikan hubungan Malaysia dan Indonesia termasuk melibatkan isu-isu berkepentingan bersama,” ujar Ismail Sabri di Melaka, Malaysia, Minggu (29/5/2022).

Ismail Sabri mendukung ISWAMI ini dikembangkan ke seluruh anggota ASEAN. Ikatan jurnalis ini diharapkan dapat mempererat silaturahmi banyak pihak.

Selain itu, Ismail Sabri juga berbicara mengenai Deklarasi Melaka HAWANA 2022. Dia menyebut deklarasi tersebut sebagai bentuk komitmen dan keseriusan wartawan dalam menjaga kerukunan bangsa.

“Saya menyambut baik Deklarasi Melaka dan berharap semua wartawan dapat terus mendukung prinsip dan tanggung jawab yang berkaitan dengan etika dan profesionalisme bidang kewartawanan,” ujar Ismail Sabri.

Lebih lanjut, Ismail Sabri menjelaskan proses jurnalistik harus berjalan independen dan tanpa gangguan dari pihak lain. Dia menegaskan pemerintah berkomitmen untuk mendukung kebebasan berekspresi.

“Kerajaan tidak pernah menghalang media dari pada menyiarkan sebarang laporan berita yang adakala dijadikan panduan pihak berwajib untuk mengambil tindakan susulan seperti bertindak menyalurkan bantuan untuk kesejahteraan keluarga Malaysia,” ujar Ismail Sabri.

Hari Wartawan Nasional atau HAWANA merupakan hari peringatan profesi kewartawanan di Malaysia. Pada tahun ini, HAWANA mengangkat tema ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’.

Dalam kegiatan ini, ISWAMI mengundang 17 orang pemimpin media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia. detikcom menjadi salah satu media yang diundang dalam peringatan HAWANA 2022 di Malaysia.

Selain itu, Deklarasi Melaka dibacakan dalam acara puncak HAWANA 2022. Deklarasi Melaka itu juga diserahkan kepada PM Ismail Sabri. Berikut isi lengkap Deklarasi Melaka:

DEKLARASI MELAKA 2022

Wartawan Malaysia mendukung keluhuran Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara. Kami menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan media bagi memastikan kelangsungan sistem demokrasi yang sihat dan segar.

Wartawan dan media dalam negara membangun seperti Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai mata dan hati rakyat selain menjadi suara bicara massa, juga bertindak sebagai semak dan imbang serta menjadi nadi nurani sebuah negara bangsa.

Kami menyedari cabaran memastikan keharmonian sebuah negara pelbagai kaum yang menonjolkan kepelbagaian. Pada waktu yang sama, kami memahami dinamisme dunia media

dan tradisi kewartawanan yang berubah dengan pantas akibat asakan internet dan media sosial.

Namun demikian, tanggungjawab kami tidak berubah dalam konteks etika dan profesionalisme. Kami maklum bahawa profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.

Wartawan Malaysia memainkan peranan menyampaikan maklumat yang benar dan sahih bagi menangani isu berita palsu yang berleluasa. Dalam dunia hari ini, yang penting bukan sahaja ketepatan berita tetapi juga kepantasan dan keberkesanannya. 6

Maka dengan ini, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada hari ini, Ahad, 29 Mei 2022, wartawan Malaysia sebulat suara membuat Deklarasi Melaka 2022 seperti berikut:

1.KEWARTAWANAN DIPELIHARA DAN DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI NEGARA

Kewartawanan merupakan profesion yang dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui laporan dan penulisan yang dihasilkan. Justeru itu, kewartawanan perlu mengekalkan fungsi dan peranannya sebagai ‘pemerhati’ untuk mengawasi tata laku dan tadbir urus negara agar pemerintahan negara sentiasa berintegriti dalam semua aspek. Kewartawanan yang amanah dan bertanggungjawab merupakan aset penting dalam pembangunan negara bangsa.

2. MENGHORMATI HAK WARTAWAN MENJALANKAN TUGAS

Dalam memelihara dan mengangkat martabat kewartawanan serta kebebasan media, wartawan diberikan ruang dalam menyampaikan laporan sahih dan seimbang sejajar dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sewajarnya, wartawan perlu diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin tanpa halangan atau sekatan mana-mana pihak. Dengan yang demikian, wartawan dapat membuat liputan dan laporan yang menegakkan nilai integriti, relevan serta sahih.

3. MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Wartawan yang mendukung Etika Kewartawanan Malaysia menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan. Pada masa sama, kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk berorganisasi menjadi penyumbang ke arah mewujudkan suatu persekitaran kondusif kepada sistem demokrasi.

Oleh itu, wartawan menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara serta memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional. Di Malaysia yang demokratik, wartawan menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami dalam kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.

4. KEWARTAWANAN MEMARTABAT INTEGRITI

Sebagai tunjang dalam memacu hala tuju negara, kewartawanan menjadi medium dalam memartabat integriti supaya menjadi amalan tadbir urus negara serta boleh menjadi pegangan prinsip masyarakat umum. Ini boleh mengelak amalan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan di Malaysia.

5. MEMERANGI BERITA PALSU

Media berperanan menyampaikan maklumat kepada masyarakat namun internet menjadikan peranan media semakin mudah tetapi penuh mencabar. Kewujudan internet mempercepatkan proses penyampaian berita dan segala maklumat lama serta baharu sehinggakan media sosial menjadikan masyarakat Malaysia lebih peka kepada keadaan sekeliling.

Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran berita palsu mudah berleluasa dengan ia direka semata-mata untuk menarik perhatian netizen dan menjadi isu hangat. Media bertauliah perlu bersatu untuk memerangi penyebaran berita palsu yang boleh membahayakan individu, organisasi dan kerajaan. (detik.com)

parstoday

viral

Share
Published by
viral

Recent Posts

XLSMART Sediakan Kartu Perdana Khusus Haji dan Paket Internet Haji

GadgetDIVA - XLSMART melalui produk XL Prabayar dan AXIS menghadirkan paket komunikasi khusus bagi jamaah…

2 jam ago

Mewujudkan Wawasan Kebangsaan Melalui Teknologi AI: Membangun Kecerdasan Buatan Berbasis Nilai-Nilai Nusantara

Berita ini telah tayang pertama kali di JurnalPost dengan judul Mewujudkan Wawasan Kebangsaan Melalui Teknologi…

7 jam ago

#PlastikNggakAsyik, Hari Bumi, Mahasiswa-Mahasiswi President University Mengedukasi

Berita ini telah tayang pertama kali di JurnalPost dengan judul #PlastikNggakAsyik, Hari Bumi, Mahasiswa-Mahasiswi President…

7 jam ago

Efek Pembubaran CV terhadap Mitra Komanditer dan Komplementer

Sah! – Pembubaran CV merupakan proses hukum yang membawa dampak signifikan bagi para mitranya. Mitra…

7 jam ago

AKTIPIS HMI Desak Pihak APH Segel Perusahan Kandang Ayam di Duga Tanpa Kantongi Izin Resmi

AESENNEWS.COM,PANDEGLANG - Dengan beredarnya pemberitaan di salah satu media online terkait dugaan perusahan ternak ayam…

7 jam ago

Tim Pembina dan Tim Forum Kabupaten Kota Sehat (KKS) Kabupaten Deli Serdang Monitoring Kecamatan Pagar Merbau.

AESENNEWS.COM, DELI SERDANG - Tim Pembina dan Tim Forum Kabupaten Kota Sehat (KKS) Kabupaten Deli…

7 jam ago